Sunday 19 February 2012

Telekung Solat Dewasa.

Telekung Solat Dewasa.
Telekung Dewasa Jahitan dua lapis.
Apa istimewanya?
  • jahitan dua lapis.
  • lapisan dalam hingga aras bawah dada.
  • tak perlu pakai anak tudung
  • telekung dan kain yang labuh 
  • fabrik jersey berkualiti -lembut dan sejuk
  • tidak jarang
  • warna putih kebiruan 
  • 100% buatan malaysia.
  • hanya dijual dibutik-butik tertentu sahaja.
  • penghantaran terus ke tangan anda.  

  • pandangan keseluruhan

    pandangan bahagian dagu yang kemas dan lembut.


     
    Sorry ye.. sendiri jadi model..


    dagu yang lembut dan rapi; macam ini lah juga yang dewasapun.

    dahi yang kemas dan bergetah memastikan pemakai rasa selesa

Produk terbaru kami:
Pelbagai pilihan warna..






untuk pertanyaan atau tempahan sms: 014-8377802 / 019-9614770

Langsir dapur dan ruang makan.


Pemilihan Langsir untuk  ruang makan atau dapur.
Sudah menjadi trend kita menukar langsir setiap kali menjelang perayaan. Langsir-langsir lama jangan dibuang. Setidak-tidaknya boleh digunakan ditempat lain. Pernahkah anda terfikir untuk memasang langsir lama bilik anda di dapur?. Tidak perlulah kita membazir. Nanti dulu...anda tidak boleh gunakan langsir lama. Kenapa?. Kerana fungsi dan aktiviti di dapur berbeza dan memerlukan perhatian yang sewajarnya semasa menghias rumah anda.


Langsir dapur lebih terdedah dengan kepanasan dan humidity berbanding di tempat lain. Langsir lama yang menghiasi ruang tamu atau bilik tidur anda sebelum ini mungkin materialnya dari jenis yang memerlukan penjagaan rapi atau cucian kering. Atau lebih tepat dipanggil heavy curtain. Tebal dan berat. Langsir yang tebal mudah memerangkap lembapan dan bau hapak. Jadi, light curtain (nipis dan ringan) lebih praktikal kerana beberapa sebab.

Langsir dapur sepatutnya membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk untuk menambah kecantikan dapur anda secara semulajadi. Heavy curtain hanya akan menghadang cahaya, menjadikan suasana dapur gelap dan tidak sesuai untuk memasak. Jadi, elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapur. Tetapi tidaklah terlalu jarang atau nipis hingga orang di luar boleh nampak dengan mudah.

Light curtain pula membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap. Heavy curtain hanya akan memerangkapnya. Memilih kain langsir seperti lace, nylon dan cotton lebih sesuai. Langsir dapur juga sepatutnya senang untuk dicuci dan dijaga. Adakalanya hanya perlu dikibas untuk membuang debu.

Semasa hendak memasang langsir, pastikan jarak langsir selamat daripada api dapur yang mungkin boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini. Jika terlalu hampir dengan dapur masak, mungkin idea anda kurang sesuai sebab langsir akan lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan. Seterusnya mungkin menyebabkan bau hapak menguasai ruang rumah anda. Seperkara lagi, bagi kes tertentu, langsir tadi mungkin juga akan memerangkap minyak daripada pelbagai jenis masakan yang akan meningkatkan risiko kebakaran.

Sekiranya tingkap dapur dekat dengan jalanraya, privacy mungkin jadi keutamaan dan anda sememangnya memerlukan langsir. Berapa jauh rumah anda dengan jiran. Jika berjauhan dengan jiran, terutama bagi anda yang duduk di kawasan sedikit terpencil daripada kesibukan, langsir dapur mungkin tidak perlu sangat. Anda boleh menikmati pemandangan luar ketika di dapur dan juga membenarkan sebanyak mana yang boleh cahaya masuk.

Warna peralatan, kabinet dan countertop dapur anda akan mempengaruhi stail langsir yang anda pilih. Langsir akan lebih nampak bergaya sekiranya padan dengan bahagian dalaman dapur yang lain. Anda juga boleh padankan warna langsir dengan lantai dapur, warna dinding ataupun wallpaper yang digunakan. Secara umumnya, gunakan langsir bercorak jika warna dinding dapur adalah solid. Dinding yang dihias dengan wallpaper lebih sesuai dengan langsir yang plain (tanpa corak).

Satu lagi yang penting adalah ukuran langsir. Berikan perhatian pada saiz dan panjang langsir. Langsir yang panjang dan labuh mungkin nampak cantik di tempat lain, tetapi bukan di dapur. Ukuran langsir dapur sepatutnya sama mengikut saiz tingkap. Langsir labuh mudah terkena percikan air, kotoran dan menyerap lembapan.

Satu lagi pilhan, anda boleh gunakan blind curtain. Mudah dijaga dan tidak mempunyai daya serapan. Sangat sesuai untuk menghalang pandangan dari luar terutama pada waktu malam, tetapi masih membolehkan cahaya masuk pada waktu siang. Anda juga boleh membuka tingkap untuk membenarkan udara segar memasuki ruang dapur rumah anda.